Thursday, June 10, 2010

Pembinaan Awning Surau Nurul Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga semua Muslimin & Muslimat sehat sejahtera dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Jawatankuasa Surau Nurul Ikhlas akan memamsang awning di bahagian belakang dan sisi kiri surau dalam masa yanag terdekat. Projek ini dianggarkan akan menelan belanja RM7,000.00

Sesiapa yang berhajat untuk menderma bolehlah berhubung dengan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari surau. Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek.

Semoga sumbangan muslimin & muslimat semua mendapat keredhaan dan ganjaran yang sewajarnya dari Allah s.w.t.

Sekian.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang yang beriman itu akan diri mereka dan harta-benda mereka dengan bayaran syorga kepada mereka."

(At-Taubah, ayat 111)

Monday, June 7, 2010

SELAMAT DATANG


Assalamualaikum.w.b.t.

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pengunjung blog Surau Nurul Ikhlas. Ini adalah salah satu medium alternatif dalam meng'imarah'kan lagi aktiviti-aktiviti keilmuan surau dan menyebarluas maklumat terkini mengenai Surau Nurul Ikhlas, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Semoga ALLAH memberi kemudahan dalam menyebarkan kalam-NYA di bumi ALLAH ini. Teruskan melawat blog ini untuk maklumat terkini dan perkongsian ilmu. InsyaALLAH

Segala cadangan atau pandangan mengenai pembangunan Surau Nurul Ikhlas, Pusat Bandar Putra Permai bolehlah di emailkan kepada suraunurulikhlas@gmail.com atau hubungi Mansor @ 012-7190575.